Cara menguruskan badan
Hai :) di sini saya ingin menceritakan cara cara menguruskan badan :)

Untuk kuruskan badan ada terdapat banyak cara. Jadi tak jadi sahaja. Susah tak susah sahaja. Boleh ikut tak boleh ikut sahaja.
Setiap cara berikut pasti sahaja akan ada sebelah pihak lain akan kutuk, dan mengatakan jenis program turunkan badan yang dia buat sahaja lebih elok, lebih senang, tak memaksa untuk bertahan lapar lah, apa lah.
Sebenarnya, setiap program tu ada kebaikan, kelebihan dan kekurangan masing masing.
Kalau tak, kenapa sampai ada yang berfikir untuk mencipta sesuatu weight loss program kan.
Bila sebut pasal program yang nak bantu untuk kuruskan badan ni kebiasaannya mereka akan bincangkan perkara seperti dibawah:
Kenali makanan ada – seperti contoh berapa isi kandungan kalorinya, yang ini ada melibatkan kira kira matematik sedikit.
Bila sudah kenal, maka anda akan hanya makan makanan yang sihat sahaja, iaitu makanan yang tak memudaratkan atau yang akan menambah berat badan. Yang ini lebih kepada anda belajar mengenali sesuatu makanan, seperti contoh dalam satu pinggan nasi berapa jumlah kalori, ditambah lagi dengan makanan makanan yang lain, adakah masih lagi dalam range yang sepatutnya jumlah kalori yang anda ambil.
Jumlah kalori tadi akan anda faham untuk kira di no 1 tadi, kenali makanan anda.