Posts

Showing posts from 2016

KELUARGA :)

Image
Inilah keluarga saya :) Saya mempunyai 5 orang adik beradik iaitu 3 perempuan dan 2 orang lelaki . Tetapi setelah akak akak saya mendirikan rumah tangga masing masing , keluarga kami semakin berkembang dengan pertambahan kedua dua abang ipar iaitu abang hanif dan abang pijan :) Nama ayah saya ialah Abbas bin ibrahim dan ayah saya merupakan seorang anggota polis manakalan emak saya bernama Mariani Binti Yusof dan merupakan seorang rumah tangga sepenuh masa tetapi di samping menjaga makan dan pakai anak anaknya , emak saya juga telah mengambil sebuah keluarga angkat dan beliau telah menjaga anak keluarga angkat tersebut dari abangnya masih kecil sehingga adik nya yang bernombor tiga . Kakak saya bernama Nurul Ain dan Insya Allah beliau bakal menjadi seorang ibu sama seperti kakak saya yang bernombor 2 . Abang saya bernama Afandi dan sekarang abang saya baru sahaja menamatkan pelajaran nya di Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada tahap 3. Akhir sekali, adik saya yang bernama...

Nabi Muhammad SAW

Image
Cerita Nabi Muhammad SAW 1.  Cerita Tentang Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam Mari kita baca dan renungkan bersama, semoga banyak hikmah yang bisa kita petik, sehingga kita bisa meneladani beliau. ------------------------------------------------- Kalau pakaian beliau terkoyak atau robek, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam menambal dan menjahitnyanya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual. Setiap kali beliau pulang ke rumah, bila dilihat tidak ada makanan yang sudah masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu istrinya di dapur. Sayyidatina ‘Aisyah rodliyallahu 'anhaa menceritakan: ”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumah tangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sholat. Pernah Rasulullah pulang pada waktu pagi. Tentulah...

Jambatan Muar

Image
J ambatan Sultan Ismail merupakan jambatan pertama yang dibina merentangi Sungai Muar yang menghubungkan Bandar Maharani dengan Tanjung Agas. Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar. Fenomena Sungai Muar Berwarna Biru   Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Perjalanan menggunakan feri ini agak memakan masa malah membahayakan terutamanya pada musim banjir. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina sebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka. Sejarah  Pada asalnya, kerajaan hanya bercadang untuk membina jambatan merentangi Sungai Batu Pahat sahaja. Tetapi setelah mene...

MAKANAN KEGEMARAN

Image
LAKSA PENANG  SAMBAL UDANG PETAI  Hai :) di sini saya nak ceritakan tentang makanan kegemaran saya :) Di atas itu menujukkan makanan kegemaran saya :) Makanan kegemaran saya ialah Laksa Penang dan Sambal Udang Petai ;) tetapi malangnya saya tidak boleh memakan makanan laut kerana saya telah mengalami alahan makanan laut . Jika saya memakan makanan laut , saya akan mendapat gatal gatal . Badan saya akan mengalami bintik bintik merah :( Sudah lama saya tidak merasa makanan tersebut . Saya berharap satu hari nanti saya dapat merasai makanan tersebut :). 

A NIGHT TO REMEMBER

Image
Hai :) hari ini saya ingin menceritakan kepada anda tentang kami warga SPTS telah menganjurkan majlis makan malam bersama PMFEP :) Sebelum majlis tersebut , saya telah memantau dua exco iaitu EXCO KEMAHIRAN MODAL INSANIAH dan EXCO SUKAN . Kedua dua exco ini telah diberi tugasan untuk memgang post program . Janganlah kamu pikir yang post program ini adalah perkara yang amat mudah . Sebenarnya tidak . Post program adalah post yang sangat susah untuk dikendalikan berdasarkan pengalaman saya kerana kami yang kena memulakan tentafi atau aturcara program tersebut dan wajib mengadakan hubungan dengan post post yang lain . Selain itu kami juga harus membincangkan program pda malam tersebut . Walau menghadapi pelbagai masalah , alhamdulillah kami dapat melaksanakan dengan cara yang sangat baik :) . Pada malam tersebut , perancangan amat sempurna dan apa yang durancang alhamdulillah dapat dipermudahkan :) Tidak sia sia kami membuat pertemuan yang banyak di antara ahli ahli SPTS yang lain...

Cara menguruskan badan

Image
Hai :) di sini saya ingin menceritakan cara cara menguruskan badan :) Untuk  kuruskan badan  ada terdapat banyak cara. Jadi tak jadi sahaja. Susah tak susah sahaja. Boleh ikut tak boleh ikut sahaja. Setiap cara berikut pasti sahaja akan ada sebelah pihak lain akan kutuk, dan mengatakan jenis program turunkan badan yang dia buat sahaja lebih elok, lebih senang, tak memaksa untuk bertahan lapar lah, apa lah. Sebenarnya, setiap program tu ada kebaikan, kelebihan dan kekurangan masing masing. Kalau tak, kenapa sampai ada yang berfikir untuk mencipta sesuatu  weight loss program  kan. Bila sebut pasal program yang nak bantu untuk kuruskan badan ni kebiasaannya mereka akan bincangkan perkara seperti dibawah: Kenali makanan ada – seperti contoh berapa isi kandungan kalorinya, yang ini ada melibatkan kira kira matematik sedikit. Bila sudah kenal, maka anda akan hanya makan makanan yang sihat sahaja, iaitu makanan yang tak memudaratkan atau yang akan mena...

Keindahan Alam

Image
Keindahan Alam Mempersonakan Dan Menakjubkan Alam ciptaan Ilahi ini sungguh indah. Keindahan yang tiada tandingan. Keindahan alam yang sungguh mempersonakan dan menakjubkan. Sungguh sempurna... Alam ciptaan Ilahi ini menjadi santapan mata dan terapi hati. Memukau pandangan sambil mengagumi kebesaran dan kekuasaan Maha Pencipta. Betapa bersyukurnya di atas nikmat kurnianNya... Sambil menikmati keindahan alam yang sungguh mengasyikkan dan mempersonakan ini, lafazkankan di hati dengan memuji nama Ilahi. ﻻﺣﻭﻻ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﷲ     La haulawala quwwata illa billah Pelbagai bentuk, warna dan rupa alam ini, semuanya punya fungsi dan saling memerlukan. Bersyukur kita pada Ilahi kerana diberi kesempatan ini untuk merasai dan menikmati alam ciptaan Mu yang indah, sempurna, menakjubkan serta mempersonakan. Semoga ianya kekal terpelihara untuk tatapan masa kini dan masa hadapan... Bersama kita menjaga dan memelihara alam yang indah ini. Tiada makluk lain yang mam...

SILAT GAYUNG FATANI

Image
Hai :) hari ini saya nak menceritakan sesuatu :) saya telah mempelajari Citra Seni Silat Gayung Fatani :) Guru yang telah mengajar silat ini ialah Cikgu Roslan dan Cikgu Shahril Sepanjang saya mempelajari Silat ini, saya telah belajar 7 langkah iaitu Bunga dan kamijuga telah mempelajari jurus silat . Selain itu juga saya telah mempelajari 5 buah teknik tempur yang mengandungi buah pukulan antaranya buah pukul ,parang , belah , tendangan hadapan dan tendangan layang. Untuk pengetahuan anda semua , kami akan menghadapi ujian kenaikkan tali pinggang . jadi kami wajib untuk mengetahu langkah langkah dan teknik semua tendangan kerana ini adalah markah yang boleh kami perolehi serta langkah tapak empat dan tempur bela diri . Langkah tapak empat ini pula bermaksud kami mestilah melalui empat empat penjuru dengan langkah seni yang sedia ada . Untuk pengetahuan anda juga , langkah tapak empat ini dilakukan secara berpasangan . Setleha habis melaksanakan langkah tapak empat ini , kam...

PELANTIKAN

Image
11 NOVEMBER 2016  Pada hari ini saya telah mendapat satu amanah yang sangat besar iaitu saya telah dilantik untuk menjadi majlis tertinggi Sekretariat Pelajar Tahun Satu sesi 2016/2017 (SPTS) . Saya telah dilantik untuk memgang jawatan sebagai bendahari . Pada dasar katanya , saya hanya memgeang duit tetapi jangan menanggap duit yang dipegang adalah perkara yang sangat mudah kerana kita pegang amanah semua orang :) Sejujurnya saya menolak untuk menyandang jawatan ini berikutan baru baru ini saya telah kehilangan dompet dan duit :( hendak dikataakn trauma mungkin kerana saya takut untuk memgang hak orang lain . Duit ini ada alh satu perkara yang amat besar dalam diri saya kerana saya dilahirkan dari keluarga yang tidak senang tetapi setakat ini kami mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Dengan bantuan sokongan dan semangat daripada senior , alhamdulillah saya dapat menyandang jawatan ini dengan baik :) Walauapapun amanah yang diberikan sangat berat , saya berjanji saya akan...