KELUARGA :)

Inilah keluarga saya :) Saya mempunyai 5 orang adik beradik iaitu 3 perempuan dan 2 orang lelaki . Tetapi setelah akak akak saya mendirikan rumah tangga masing masing , keluarga kami semakin berkembang dengan pertambahan kedua dua abang ipar iaitu abang hanif dan abang pijan :)

Nama ayah saya ialah Abbas bin ibrahim dan ayah saya merupakan seorang anggota polis manakalan emak saya bernama Mariani Binti Yusof dan merupakan seorang rumah tangga sepenuh masa tetapi di samping menjaga makan dan pakai anak anaknya , emak saya juga telah mengambil sebuah keluarga angkat dan beliau telah menjaga anak keluarga angkat tersebut dari abangnya masih kecil sehingga adik nya yang bernombor tiga . Kakak saya bernama Nurul Ain dan Insya Allah beliau bakal menjadi seorang ibu sama seperti kakak saya yang bernombor 2 . Abang saya bernama Afandi dan sekarang abang saya baru sahaja menamatkan pelajaran nya di Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada tahap 3. Akhir sekali, adik saya yang bernama Nizaruddin dan dia sedang melanjutkan pelajaran di tingkatan 4. 

Antara dalam keluarga kami, saya dan adik saya sahaj merupakan orang johor kerana sewaktu kelahiran saya , emak saya telah melahirkan saya di Hospital Muar Johor. Manakala akak akak dan abang saya lahir di Melaka iaitu di mana tempat ayah dan emak saya dilahirkan. Walaubagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana saya telah dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang sangat harmoni . 

Popular posts from this blog

ASAS SILAT

SILAT GAYUNG FATANI

Jambatan Muar