ASAS SILAT

Hai kita berjumpa kembali 
kalau awak semua nak tahu :) saya telah mengamil Citra Asas Silat 


Team Asas Silat 

Asas silat ini telah banyak memberikan manfaat kepada saya antaranya ialah , saya telah banyak mengekalkan stamina dan asa silat ini telah banyak membantu saya dalam kecergasan badan kerana setiap kali latihan kami akan melakukan senaman dan setiap kali senaman kami diwajibkan untuk lompat bintang sebanyak 100 kali . Memang memeritkan tetapi ia membuatkan badan kita terlebih cergas dan alhamdulillah saya jarang mendapat penykit seperti demam . Kelas ini telah diajar oleh Abang Man dan kelas ini telah berlangsung pada setiap isnin dan selasa malam dari pada 8 malam sehingga 10 malam.

Di dalam asas silat ini juga kami telah belajar bunga 7 langkah dan beberapa cara untuk mempertahanakna diri . Antaranya ialah cara memberi buah pukulan yang betul, tendangan depan , tendangan sisi , dan tendangan layang. Sebelum kami membuat tendangan dan tumbukan , kami telah belajar beberapa teknik dan alhamdulillah baru baru ini kami telah membuat persembahan di Stadium Ukm sempena majlis penutup Sukem tahun 2016 di hadapan VIP . 
Gambar ini telah menunjukkan kami selseai membuat persembahan silat 
Pengalaman yang dikatakan perit buat saya sepanjang sem ini bersama dengan kelas citra ini, kami di waibkan untuk ke stadium UKM pada hari Rabu malam dengan memakai pakaian sukan , seluar silat dan kasut sukan. Sewaktu sampai di sana abang Man mengarahkan kami untuk melakukan :-
  1. Lari 6 kali padang = 9.6 km
  2. Laju Turun dan Naik tangga sebanyak 6 kali
  3. Lompat Bintang sebanyak 100 kali 
  4. "Bumping" sebanyak 20 kali
  5. "Sit up" sebanyak 20 kali 
  6. "Sit down" sebanyak 20 kali 
  7. Bermain dengan kon kecil seperti latihan yang dilakukan oleh pemain bola sepak 
dan setiap selang selepas "bumping" kami di wajibkan membuat lompat bintang sebanyak 10 kali (laju) . Pelabgai perasaan antaranya menangis tak berlagu tapi air mata tidak mengalir kerana pada malam tersebut , berat saya telah menurun sebanyak 1.5 kilo,, Cuba kalau tiap tiap hari ? :D

Antara banyak banyak pengalaman , pengalaman inilah paling bahagia buat diri saya,Terima kasih Abang Man :)





Popular posts from this blog

SILAT GAYUNG FATANI

Jambatan Muar