PANTAI HIBURAN , ROMPIN
Hai awak semua :) harini saya nak kongsi tentang Percutian saya ke Rompin Pahang :)
Percutian saya ini bermuala pada 22 Oktober 2016 . Pada mulanya saya terpilih untuk ke Kem Interaksi Anak Johor tetapi saya menolak akibat sesuatu perkara yang sangat penting iaitu percutian :) Saya pergi ke sana keseorangan tetapi saya pulang ke Bangi berdua . Nak tahu siapa :)? Okey nanti kita cerita panjang panjang ok :)
Saya gerak dari UKM tepat pada pukul 7 pagi dengan menaiki bas ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan saya telah menaiki KTM tepat pada pukul 7;45 pagi untuk ke Seremabn . Sesampai sahaja di Seremban , saya telah menuju terus ke Terminal bas untuk membeli tiket ke Muadzam . Di situ terlampau banyak sangat masalah yang saya hadapi berpunca sendiri daripada orang yang menjaga kaunter tiket tersebut . Alhamdulillah segalanya telah dapat diselesaikan dan saya telah bergerak menuju ke Muadzam tepat pada pukul 10 pagi dengan menaiki bas Mara Liner
Saya sampai di sana pada pukul 1 petang lebih dan saya telah dijemput oleh seseorang iaitu Muhd Hazrin Asyif :) Dia merupakan kawan rapat saya dan saya datang ke sana pun semuanya kerana dia . selain itu saya juga tidak pernah menjejakkan kaki kesana , Jadi apa salahnya sekali sekala saya menjejakkan kaki saya ke sana untuk menambahkan lagi pengalaman :)
Pada hari pertama , Asyif telah membawa saya menyusuri Pantai Hiburan Rompin , Pahang
Pantai Hiburan Rompin
Tapak Sulaiman
Pertama kali dalam hidup saya , saya tdapat memegang sendiri tapak sulaiman . Makhluk Allah ni sangat cantik di mata saya kerana di bawah badannya terdapat banyak kaki .
Demi Allah saya katakan pemandangan di sana sangat cantik kerana saya melihat suatu pemandangan di mana pemandangan tersebut mempunyai air sungai yang berwarna biru . Sungguh cantik ciptaan tuhan dan terdapatnya bukit bukau yang sangat indah untuk dilihatnya . Tidak rugi saya menghabiskan wang saya ke sana .
Ini yang saya dapat tangkap sewaktu melalui perjalanan tersebut .
sebelum pulang ke Ukm Bangi , saya telah pergi sekali ke Pantai Hiburan tersebut kerana dengan angin dan bunyian ombak tidak dapat mengelakkan hati saya untuk pergi meninggalkan pantai Rompin tersebut
Sebelum saya pergi meninggalkan pantai tersebut , saya sempat meninggalkan sebuah lukisan :)
Saya berharap sangat suatu hari nanti saya dapat menjejakkan kaki di pantai tersebut