ASUS :(
Hai, harini saya nak berkongsikan dekat semua, cerita yang amat menyedihkan. Gambar di atas itu merupakan sebuah telefon bimbit berjenama Asus Zenfone C 4.5. Telefon ini telah banyak memberikan saya kenangan manis kerana telefon ini merupakan pemberian ayah saya yang pertama dalam hidup saya sewaktu saya berumur 18 tahun. Semasa tahun tersebut , saya baru sahaj selesai melanjutkan pelajaran saya di tingkatan 5 . telefon ini tlah banyak memberikan kenangan yang manis buat hidup saya .
Tetapi malangnya :( telefon ini telah hilang pada tarikh 8 Oktober 2016 :( Saya sangat kecewa dan sangat sedih. Kalau orang lain menangis kerana putus cinta tapi tangisan saya yang tidak berlagu itu telah memecah tembok air mata lebih driapada putus cinta . Saya tak boleh nak "move on" kerana di dalam phone ni terdapat bnyak gambar saya sewaktu saya keil lagi dan gambar keluarga saya . Terlampau banyak . Jadi saya berasa kecewa dengan diri saya kerana tidak menjaga barang pemberian ayah saya dengan baik . Aten minta maaf ayah :(. Saya telah berusaha mencari tapi tik dapat menjumpainya. 3 hari 3 malam berturut turut saya menangis . :( saya tidak menyangka hayat saya dengan telefon itu setakat 8 Oktober sahaja .. walaupun telefon ini tidak semewah iphone tetapi telefon ini penuh dengan kenangan yang tidak dapat dilupuskan :( dan untuk pengetahuan semua , sehingga sekarang ayah saya tidak mengetahui tentang kehilangan telefon tersebut :D
Tetapi selepas peristiwa itu saya teah mendapat hadiah sebuah handphone berjenama YES
Alhamdulillah :) . Perkara yang boleh saya katakan, setiap yang berlaku pasti ada hikmah :)