TEMAN BAIK (PUGU)






Hai , kali ini saya hendak menceritakan teman baik saya sewaktu di UKM sepanjang semester 1 . Nama gadis yang beragama india ini ialah Puguneswary a/p Oothia Selvn. Dia berasal dari Port Dickson ,Negeri Sembilan, Sebenanranya, hendak dijadikan cerita , sewaktu sebelum memasuki UKM , kami telah belajar di tempat yang sama aiitu di Kolej Matrikulasi Negeri Sembailan tetapi kami tidak pernah bertegur sapa walaupun kami mengambil kursus perakaunan yang sama. Mungkin batas batas yang membuatkan kai tidak dapat berjumpa iaitu kuliah dan praktikum yang berbeza . 
Tetapi sewaktu berada di UKM kami menjadi begitu rapat sehingga ramai yang bertanya kepada kami yang kami ni kawan baik sejak kecil lagi ke ? saya kata tidak sebab takdir Tuhan telah menemukan kami . 

Pengenalan yang kejap telah membawa hubungan yang erat kepada kami sehingga ke KEMSIS. Kami amat rapat sampaika sewaktu permainan bola beracun semasa kem tersebut, kumpulan saya dan kumpulan dia akan berjumpa di perlawanan terakhir, dan kami sebmpat lagi berpelukkan di tengah tengah gelanggang , sampaikan ada orng berkata "macam mana lah diorang boleh raat sebegini". Saya pun tidak tahu hendak menjawab dengan jawapan yang macam mana kerana itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh tuhan. Pugu seorang yang sangat baik kerana jika saya mempunyai masalah contoh lapar , dia akan belanja saya makan :) dan dia seorang yang sangat memahami. Kalau saya ada masalah , saya akan berkongsi dengan dia dan Pugu salah seorang kawan yang sangat "sporting".  Saya sangat bersyukur dapat berkawan dengan dia walaupun kami berlainan agama tetapi ia tidak lah mempunyai halangan yang sangat besar buat diri saya .

Di UKM , kami telah mengambil kelas yang sama cuma kelas Perakaunan sahaja yang berbeza. Secara keseluruhan, setiap kali membuat kumpulan , selalu sahaja muka dia yang muncul :) Cuma kursus kami berbeza kerana Pugu mengambil kursus Pentadbiran Perniagaan dan saya pula mengambil kursus Keusahawanan dan Inovasi. Dalam masa berkawan dengan dia , saya sangat terkejut apabila dia bertanyakan tentang Nabi Muhammad dan dia pernah bertanya kepada saya :
situasi ini sewaktu Pugu melihat pelajar UKM melayu islam tidak memakai tudung 

Pugu : Biha, orang islam wajib menutup aurat kan ?
Saya : Yup, kenapa pugu ?
Pugu : Kenapa dia tak pakai tudung ? "tunding ke arah pelajar perempuan tersebut" 
Saya : %!^@&*!*

Bayangkan kalau awak jadi saya , apa awak nak jawab ? nak kata tak sampai seru dan hidayah ? nak cakap tentang hidayah ? hidayah bukan datang pada kita sendiri tapi kita perlu mencari hidayah tersebut :) 
dan baru saya tahu bahawa Pugu meminati Islam :) 
Walauapapun , bagi saya , berkawan janganlah memilih :) Bangsa atau kaum yang berbeza tidak membataskan kita untuk berkawan kerana BERKAWAN BIAR LAH BERIBU, MUSUH JANGAN DICARI :) 

terima kasi Pugu sebab Pugu sudi menjadi kawan biha :)

Popular posts from this blog

ASAS SILAT

SILAT GAYUNG FATANI

Jambatan Muar