KEM SRI RAUDHAH
Hai :) nak cerita sesuatu , baca tau !
Pada 14 oktober 2016 yang lalu Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan satu program atau satu Kem yang dinamakan Kembara Mahasiswa/i (KEMSIS) . Program ini telah di anggotai oleh 50 orang pelajar mahasiswi .
Pada pendapat saya , kem ini paling terbaik kerana , kem ini telah banyak menjalankan pelbagai aktiviti antaranya ialah "jungle trekking" , "Explorace" , dan jalan malam . Perkara yang sangat saya minati adalah Jungle Trekking kerana ia merupakan pengalaman yang kedua dalam hidup saya . Walaupun ia merupakan pengalaman yang kedua tetapi pengalaman kali ini sangat mencabar. Contohnya :
Okey saya pun tidak pasti ini antara pengalaman yang sangat manis atau pun pahit kerana inilah pengalaman pertama saya , kena menyelam di dalam lumpur parit kecil yang sangat busuk dan meniarap di dalam parit tersebut . Lihatlah wajah tersebut :D . Sangat cantik dan sangat terbaik . <3
Ini merupakan kumpulan kecil saya iaitu kumpulan harimau sewaktu berada di kem tersebut .
okey pengalaman yang seterusnya ialah :
Terowong Karak |
okey nampak kan gambar di atas dan ada satu terowong besar . Okey itulah laluan perjalanan kami pergi dan balik, Maksudnya di sini , kami harus pergi dengan melalui terowong tersebut dan harus pulang menggunakan terowong tersebut juga , Sangat sangat menakjubkan .
Selain itu, perkara yang saya tidak pernah lakukan selama ini ialah :
nak tahu tak ni dekat mana ? okey ini dekat tepi leuh raya . Sewaktu hari kejadian, kami diminta untuk mengeringkan badan kami dan ramai pemandu di jalan raya hon kami dan pandang ke arah kami . Nak dikatakan malu , rasanya tidak. tetapi kami berasa bahagia kerana pelbagai aktiviti telah kami lakukan dengan jayanya . Alhamdulillah
Pelajar seramai ini yang menyertai kemsis tersebut. Walaupun perlajar tidak ramai, tetapi dengan kehadiran kumpulan yang sangat sangat menakjubkan dan best bagi diri saya , kem ini membuatkan saya lagi dirindui ,
EXPLORACE
Sewaktu explorace dijalankan , pelbagai aktiviti yang telah kami terpaksa lakukan termasuk denda :( , antaranya berendam di kolam badak , gambarnya terdapat di bawah
saya nak kongsi sedikit , kolam ini teramat dalam . Awak semua boleh lihat sendiri kami yang pendek berpaut di tepi dan air nya sangatlah sejuk . Selain itu juga kami terpaksa mengalihkan pelbagai binatang ke rumah masing masing contoh katak , ulat dan mendapatkan gula gula di dalam balang cengkerik
Akhir sekali ialah kami menyanyikan pelbagai lagu sewaktu majlis penutup dan saya sangat merinudi kumpulan kecil saya iaitu kumpulan harimau
" I LOVE YOU "