SITI KHADEEJA
24 Oktober 2016
Merupakan satu tarikh yang amat bermakna buat saya dan keluarga kerana ayah dan emak saya telah mendapat cucu perempuan yang pertama dan kami adik beradik telah mendapat anak buah yang pertama . Nama diberi setelah selesai difikirkan oleh satu keluarga iaitu Siti Khadeeja binti Muhammad Hanifah . Seorang bayi yang sangat cantik dan sangat comel . Walaupun sampai sekarang saya tidak dapat melihat wajah nya di depan mata saya lagi tetapi mengikut gambar saya tahu bahawa adik deeja merupakan anak yang sangat comel :) saya di antara manusia yang paling gembira kerana saya memang menginginkan anak buah :) Alhamdulillah Siti Khadeeja telah lahir tepat pada pukul 10:05 minit malam pada 24 Oktober 2016 :)
Ini merupakan wajahnya setelah beberapa hari lahir :) susah sangat nak tangkap gambar bila saat matanya celik untuk melihat dunia :)
Gambar ini merfupakan gambar selepas ayah saya mencukur rambutnya yang dibawanya dari perut :)
Ini merupakan wajahnya setelah 1 bulan lebih
Selamat datang ke alam dunia , Siti Khadeeja . Akak harap awak dapat jadi seorang anak yang mendengar kata ibu dan baba awak dan menjadi seorang anak yang solehah :)