Posts

Showing posts from September, 2016

BEG DOMPET

Image
Hari ini merupakan hari yang amat menyedihkan buat diri saya kerana untuk pertama kalinya saya telah kehilangan beg dompet saya :( Kisahnya begini , dompet saya telah hilang pada malam ahad sewaktu saya ingin mengambil rakan saya di KTM . Pada malam tersebut , saya tidak perasan akan beg dompet saya yang telah terjatuh sewaktu saya membuka pintu kereta. Dalam beg dompet tersebut terdapat wang tunai sebanyak RM 300.duit yang saya baru keluarkan itu bertujuan untuk membayar semu yuran kelab dan duit baju tetapi semuanya terbengkalai setelah dompet saya terjatuh :( saya perasan akan beg dompet saya terjatuh sewaktu kami ingin ke putrajaya . kami terpaksa berpusig balik dan pergi ke KTM tersbut tetapi beg dompet tersebut tidak dapat dikesan dan sewaktu saya ingin memasuki UKM saya telah ditahan oleh pengawal keselamatan UKM . Pakcik tersebut meminta kad matrik saya , dan saya berkata beg dompet saya baru sahaja hilang beberapa jam yang lepas dan pakcik itu menyuruh saya untuk melaporkan ...

8 Sunnah Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri & Hidup Sihat

Image
Assalamualaikum ,  Disini saya ingin berkongsi tentang 8 sunnah cara Rasulullah menjaga kesihtaan diri dan hidup yang sihat Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan? Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat. 1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.  Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala,   kesegaran udara subuh   yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. 2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Ra...

RAYA HAJI

Image
Pada 12 September 2016 , keluarga saya telah membuat sambutan hari raya korban secara besar besaran iaitu pakcik saya telah menumbangkan 2 lembu . Seperti yang kita tahu juga , phari raya korban adalah bertujuan untuk mengorbankan binatang ternakan tetapi pada hari tersebut saya lah salah seorang yang mengorbankan darah saya ke pihak hospital . Semasa keluarga saya menyambut hari Raya tersebut, saya telah terlantar di Hospital Kajang selama dua hari akibat suspek denggi dan juga keracunan makanan. HOSPITAL KAJANG  Suhu saya juga telah mencapai 40 darjah celcius dan saya mengalami muntah berpanjangan. Walaubagaimanapun sekiranya keluarga saya tidak melawat saya pada watu itu , berkemungkinan demam saya tidak akan kebah kerana sewaktu itu ramai pelajar UKM tengah bercuti dan pulang ke kampung halaman masing masing. Sewaktu berada di hospital , doktor telah memasukkan air dalam badan kerana badan saya mengalami kekurangan air serta mengambil sedikit darah untuk pemeriksaan la...

Selamat Hari Lahir (19 tahun)

Image
25 September 1997 Hai bertemu kembali :) . Saya hendak cerita sesuatu, kali ini perkara yang sangat indah dalam hidup saya kerana pada 25 September 2016 merupakan hari lahir saya dan umur saya meningkat ke 19 tahun serta perkara yang saya sangat terharu apabila keluarga saya menziarahi saya di UKM .Pada tarikh tersebut juga , buat pertama kalinya saya telah mendapat 2 hadiah iaitu sebuah laptop berjenama asus dan teddy bear :) terima kasih ayah , ma dan keluarga =)<3  Pada hari tersebut juga saya telah mendapat hadiah daripada bos kecil saya dari syarikat RF3 World iaitu sebuah "teddy bear". Saya ucapakan ribuan terima kasih kerana , inilah kali pertama , hari lahir saya disambut oleh ramai orang . Terima kash tidak terhingga .   

Firmax3

Image
Pada 20 September 2016 , saya telah mengikuti program bisnes Firmax3 anjuran RF3 World. Saya juga salah seoarang bakal menjadi ahli termuda di dalam syarikat ini. Firmax3 ni adalah satu produk utama iaitu produk kecantikan dan kesihatan di mana 100% produk ini telah diperbuat daripada nano tech. Produk ini juga merupakan produk utama sebelum pesakit mengambil 3 lagi produk lain seperti SlimMax3 , 02Max3 dan soulmax3 Firmax3 ini juga adalah salah satu produk di mana ia akan menstabilkan hormon kita . Untuk pengetahuan anda, penyakit kita berpunya daripada ketidakstabilan hormon, Jadi dengan adanya produk ini, ia akan membantu kita dalam menstabilkan hormon kita . Selain itu Syarikat ini juga tidak mengambil sebarang pil atau membuat produk kecantikan berdasarkan pil keran syarikat ini telah mengambil langkah yang sangat bagus dalam penghasilan produknya daripada nano tech                              ...

KELAS PERTAMA

Pada 5 September 2016 , bermulalah pembelajaran kelas yang pertama di UKM . Untuk pengetahuan anda, kelas pertama saya ialah Aplikasi Komputer dan pada hari pertama juga  kami telah menerima satu kerja iaitu membuat blog dan inilah meruapakn blog saya yang pertama :) pada hari pertama itu juga lah, kami telah mempelajari pengenalan tentang komputer dan saya ingin memohon maaf kepada DR.Zaleha kerana saya telah tertidur pada kelas pertama . Sejujurnya saya tidak dapat menahan mata yang sangat mengantuk. Walaubagaimanapun, mempelajari bidang komputer adalah sesuatu prkara yang amat mencabar buat diri saya kerana saya boleh dikatakan buta IT :) Tetapi apabila kita berusaha tidak mungkin selamanya kita akan menjadi buta IT kan ? Jadi saya berazam di dalam diri saya dengan berusaha bersungguh sungguh dalam mengulangkaji pelajaran supaya saya dapat membanggakan ibu dan bapa saya:) serta menyiapkan semua tugasan yang diberi.

Minggu Orientasi

Image
Selamat datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia  Pada 28 Ogos 2016, UKM telah mengambil kemasukan pelajar baru bagi sesi 2016/2017. Pada tarikh ini, ia merupakan hari pertama saya menjadi pelajar baru dan hari pertama berpisah daripada keluarga setelah 4 bulan menanam anggur di rumah. :) Saya telah ditawarkan belajar selama 3 tahun dan mengambil kursus Keusahawanan dan Inovasi di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) Di sini juga saya telah mendapat penginapan di Kolej Ungku Omar selama 1 tahun.  Selesai sahaja pendaftaran masuk pada hari tersebut, kami telah menjalani minggu orientasi selama seminggu. Pelbagai perasaan yang saya alami antaranya ialah , menangis tak berlagu, penat dan sebagainya dan terutama sekali "homesick".  Sewaktu minggu orientasi tersebut kami telah menjalani pelbagai aktiviti , antaranya terlibat dengan program kebudayaan, terlibat dengan 3 domain dan salah satunya ialah kesukarelawan. HARI KESUKARELAWANAN Selain itu, kami...

SAYA =)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Pertama sekali, saya akan memperkenalkan diri saya dahulu. Nama yang diberi sejak dari kecil lagi ialah Fatin Nabihah Binti Abbas. Untuk pengetahuan semua, maksud bagi nama saya ialah Fatin iaitu menarik, mempersona , mengagumkan dan bijaksana . Nama yang seterusnya iaitu Nabihah bermaksud cerdik dan mulia. Sebenarnya , pada mulanya nama saya Puteri Balqis tetapi ayah saya tidak setuju dan akhir sekali sehingga kini , nama saya Fatin Nabihah Binti Abbas. Anda semua boleh panggil saya atin atau biha .  Saya lahir pada 25 September 1997 iaitu di Hospital Sulatanah Fatimah Muar Johor dan saya merupakan anak yang keempat daripada lima orang adik beradik serta saya lah merupakan seorang anak perempuan bongsu yang sangat periang dan nakal.  Saya merupakan bekas pelajar dari Maktab Rendah Sains Muar sejak tingkatan satu sehingga tingkatan lima dan telah menyambung pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan mengambil jurusan perakaunan ....