Minggu Orientasi

Selamat datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia 


Pada 28 Ogos 2016, UKM telah mengambil kemasukan pelajar baru bagi sesi 2016/2017. Pada tarikh ini, ia merupakan hari pertama saya menjadi pelajar baru dan hari pertama berpisah daripada keluarga setelah 4 bulan menanam anggur di rumah. :) Saya telah ditawarkan belajar selama 3 tahun dan mengambil kursus Keusahawanan dan Inovasi di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP)
Di sini juga saya telah mendapat penginapan di Kolej Ungku Omar selama 1 tahun. 
Selesai sahaja pendaftaran masuk pada hari tersebut, kami telah menjalani minggu orientasi selama seminggu. Pelbagai perasaan yang saya alami antaranya ialah , menangis tak berlagu, penat dan sebagainya dan terutama sekali "homesick". 
Sewaktu minggu orientasi tersebut kami telah menjalani pelbagai aktiviti , antaranya terlibat dengan program kebudayaan, terlibat dengan 3 domain dan salah satunya ialah kesukarelawan.
HARI KESUKARELAWANAN
Selain itu, kami juga telah didedahkan cara berkepimpinan mengikut kolej masing masing serta kami juga telah mengikuti Perang Dectar. Bagi saya , antara pelbagai aktiviti , perang dectar adalah salah satu akitiviti yang sangat best kerana ia telah menunjukkan hubungan kekeluargaan dan kerjasama antara pelajar tahun satu dengan akak dan abang faci dalam kolej tersebut kerana kami perlu mempertahankan kolej kami di dalam dewan tersebut sebelum disingkirkan . 
Perkara yang paling penting, saya akan merindui saat saat tersebut :)


Popular posts from this blog

ASAS SILAT

SILAT GAYUNG FATANI

Jambatan Muar