BEG DOMPET


Hari ini merupakan hari yang amat menyedihkan buat diri saya kerana untuk pertama kalinya saya telah kehilangan beg dompet saya :( Kisahnya begini , dompet saya telah hilang pada malam ahad sewaktu saya ingin mengambil rakan saya di KTM . Pada malam tersebut , saya tidak perasan akan beg dompet saya yang telah terjatuh sewaktu saya membuka pintu kereta. Dalam beg dompet tersebut terdapat wang tunai sebanyak RM 300.duit yang saya baru keluarkan itu bertujuan untuk membayar semu yuran kelab dan duit baju tetapi semuanya terbengkalai setelah dompet saya terjatuh :( saya perasan akan beg dompet saya terjatuh sewaktu kami ingin ke putrajaya . kami terpaksa berpusig balik dan pergi ke KTM tersbut tetapi beg dompet tersebut tidak dapat dikesan dan sewaktu saya ingin memasuki UKM saya telah ditahan oleh pengawal keselamatan UKM . Pakcik tersebut meminta kad matrik saya , dan saya berkata beg dompet saya baru sahaja hilang beberapa jam yang lepas dan pakcik itu menyuruh saya untuk melaporkan kes tersebut kepada Wisma Aman :(

Nak dijadikan cerita , sewaktu di Wisma Aman , Pakcik tu ada memberitahu saya bahawa seorang budak telah menjumpai dompet saya . Sewktu itu saya amat bersyukur . Dompet tersebut telah dipulangkan olehnya pada Hari Isnin . Dia berkata dompet yang dijumpainya berkeadaan di dalam keadaan yang terburai dan kad bank saya hampir jatuh ke dalam longkang . Duit tidak payah untuk becerita kerana semuanya lesap di tangan orang lain . Mungkin pada malam tersebut bukan rezeki saya dan setiap dugaan yang allah hadirkan kepada mungkin ada hikmahnya :)


Popular posts from this blog

ASAS SILAT

SILAT GAYUNG FATANI

Jambatan Muar