ZAMAN MATRIKULASI (3/11)
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuDmpWXL2sJE8mqB5JwGWGnKYIOp8uQMwA7VMr70sHA7y74bUNnuR9g2xoc1ej31NmY4y44WLsXHnYxX7BiiUSEHvZj1wahIXVc5GwsnccGAFcA7pY4W2A2hxLgHJB0M5qcv9Pc2x1hzxo/s320/IMG-20161104-WA0115.jpg)
Pada tahun 2015 , saya telah mendapat tawaran untuk belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Hampir selama satu tahun saya belajar di situ dan mengambil jurusan di dalam bidang perakaunan. Alhamdulillah saya telah dikurniakan rakan sekelas yang sangat baik dan sangai pandai;) Sejujurnya saya sangat merindui zaman matrikulasi dahulu kerana saya telah dikelilingi oleh kawan dan rakan rakan yang sangat memahami . Kami bergelak ketawa bersama sama , kehilangan rakan sekelas kerana dia berpindah ke Univerisiti Teknologi Mara (UITM) dan menangis bersama sama jika kami menghadapi masalah yang besar , Contohnya kami telah diberikan tugasan sewaktu kami berada di semester 2 iaitu kami diwajibkan untuk memikirkan satu p erniagaan sewaktu pelancaran Hari Usahwan Muda . Kami mestilah membuka satu perniagaan dan membuat satu penyata sekiranya kami mengalami keuntungan atau kerugian . Tujuan program ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian kami dalam mempelajari bidang perakaunan . ...